Saturday, 28 February 2015

Generasi Kita Yang Terpedaya

“Secara fitrahnya, manusia sebenarnya bencikan kehinaan. Tetapi debgan pelbagai keadaan dan peristiwa yang berlaku, tanpa disedari mereka tunduk secara beransur-ansur. Sedikit demi sedikit mereka menjadi terbiasa di dalam kehinaan. Ianya ibarat singa yang telah dijinakkan. Namun begitu, saki baki unsur kemuliaan masih berbaki dijiwa dan masih mengalir bahang panasnya di dalam darah.
Apabila ada sahaja pendakwah yang menyeru kepada kemuliaan, memanggil kepada kebebasan, membangunkan jiwanya dan menyalah api di dalam sekam. Bangkitlah semula sifat kemanusiaan di dalam diri manusia, mereka tidak sekali-kali menerima penghinaan. Mereka pun bangkit berjuang dan melihat segala apa yang dihadapinya di dalam perjuangan itu lebih ringan daripada deperhambakan, malah lebih baik daripada kehidupan kebinatangan.
Kehinaan yang menimpa manusia yang disebabkan oleh orang lain atau oleh factor luaran, cepat sembuh dan mudah dihapuskan. Sebaliknya, jika kehinaan itu timbul dari dalam diri dan terbit dari hati,  itu adalah penyakit yang sangat berbahaya dan merupakan kematian yang tidak disedari.
Oleh itu, golongan yang zalim sengaja menerapkan kehinaan kepada orang ramai melalui pendidikan yang hina dan asuhan agar tidak segan silu tanpa tatasusila. Mereka membentuk para belia dengan pelbgai taktik dan strategi yang bertujuan untuk mematikan hemah yang mulia dan memadamkan semangat juang agar kekuasaan sentiasa berada di tangan mereka yang zalim.”

                                                                Al-Shawarid, m/s 318

No comments:

Post a Comment